plot1556

Saturday, July 13, 2013

Thursday, September 1, 2011

Wednesday, July 14, 2010

Graduation Day 2010






Di satu pagi yg dingin, sekeping surat dari universiti sampai rumah... Alhamdulillah...rupa2nya surat panggilan utk menghadiri ke majlis award ceremonies bagi meraikan kejayaan saya setelah berjaya menamatkan pengajiaan dalam bidang Network Computing di Staffordshire University... utk mengetahui cerita selanjutnya moh ke sini....
http://picasaweb.google.com/100185536657710622000/GraduationDay2010?authkey=Gv1sRgCJ_IrevRoo3HTg#

Thursday, December 17, 2009

bandar tasek bukit merah


apak dapat 2 baucer menginap di laketown resort selama 2 hari 1 malam. hadiah dari haji nordin seorang kontraktor. antara agenda utamanya adalah aktiviti memancing, tapi tak jadi disebabkan oleh faktor cuaca dan masa yang agak terbatas. pagi petang hujan... kami cuma bersantai-santai aje...

-foto oleh: az, arif, syaza:

Sunday, December 6, 2009

kenduri doa selamat

pada petang tadi diadakan majlis kecil kenduri doa selamat anak rohani mohd ehsan dan juga mohd irfan dan mohd izhar yg bakal menjalani khatan tak lama lagi. turut hadir jiran dan rakan apak serta nyah ada dan suami.

Tuesday, December 1, 2009

putus

disangka panas hingga kepetang... rupanya hujan ditengahari... begitulah adanya... atas alasan tidak ada keserasian, maka pada malam tadi dengan rasminya putuslah pertunangan diantara latif dengan ana... mungkin tidak ada jodoh...

Friday, November 27, 2009

peninggalan



sempat kita orang melawat rumah peninggalan arwah atok hj mahmud di pasir panjang, sitiawan... masih terdapat lagi perabut-perabut lama yang ada di dalam rumah tu... kenangan sungguh...

gambar-gambar ada di sini:

Thursday, October 22, 2009

Pergi tak kembali

Lebih kurang pukul 2 pagi , Pak Yang atau lebih dikenali Ustaz Abdullah bin hj lebai mahmud menyahut panggilan Illahi ketika berada di kampung mambau negeri sembilan. Jenazah Allayarham sempat dibawa pulang ke ipoh dan disemadikan di perkuburan gurab. Amat terasa akan pemergian Allahyarham. Semoga rohnya berada bersama-sama orang-orang yg soleh. Aamin...

Friday, October 9, 2009

berjalan beraya


lebihkurang pukul 6 ptg kitaorang bertolak dari ipoh ke ampang. bermalam di apartment sama. seterusnya lawatan ke putrajaya dan seterusnya ziarah hasnah di kajang lalu terus ke senawang. bermalam di rumah yop. keesokkannya pulang semula ke kl menziarahkak roy.... itulah serba sedikit catatan perjalanan raya kitaorang....

nak tengok gambar kat sini:

Sunday, September 20, 2009

Syawal 1430


Allahuakhbar... Allahuakhbar... Allahuakhbar... Laailaahaillallah huallahuakhbar.. Allahuakhbar walillahilhamd... Selamat Hari Raya IdulFitri... semoga Allah terima segala amal-amal soleh kita dibulan Ramadhan yg lalu....

maaf, tahun ni photogrpher tak beraya di Ipoh... (balik banting) jadi, tak da sapa yg ambil gambar...

Untuk makluman... pada hari raya pertama cuma ada apak, ummi, hasnah anak beranak, basyir dan umi salamah, disusuli kak roy. manakala rohani masih dlm pantang beraya di rumah. Hari raya kedua yop dan kak mona balik. Ri sekeluarga pulak balik pada hari ketiga dan samaratul serta keluarga pula balik pada hari raya keempat. Alhamdulillah, walaupun balik kampung pada waktu yg tidak sama namun kesemuanya sempat bertemu mata dan bersalaman bermaafan. cuma si azman sahaja yg tidak dapat bersama kerana beraya di rantau orang. bagi sesiapa yg berkesempatan silalah ke blog beliau sebagai pengganti diri: http://kelanaperantau.blogspot.com/

Wednesday, September 2, 2009

8 tahun menunggu... baru saya dapat adik



Alhamdulillah... sempena tarikh merdeka... 31 Ogos 2009, bertambah lagi seorang ahli plot1556... Rohani selamat melahirkan bayi lelaki di hospital Besar Ipoh.... nama masih dalam pencarian...






dah... dah ada nama... mohammad ehsan...

Monday, June 15, 2009

Wak kembali ke rahmatullah

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..
awal pagi tadi... wak (hj Zawawi bin hj Mahmud) kembali ke rahmatullah dalam usia 70an di rumahnya kerana sakit tua. beliau adalah anak Hj Mahmud yang ke dua yakni abang kepada arwah emak (sorihah). sama-sama kita sedeqahkan al-fatihah dan mendoakan kesejahteraan roh beliau, semoga ia diletakan bersama dgn orang2 yg soleh... aamin



Monday, May 18, 2009

ate... moh kite ke tanjong belanje...



... doa selamat pun sudah... makan pulut pun udah... ha, moh kite ke tanjung belanje ramai-ramai,

alhamdulillah, pagi ni pukul 11.15 pagi bertolaklah sebuah rombongan ke tanjung belanje bagi memenuhi hajat besar si ahmad latif....

... sesampai di destinasi kami disambut oleh sebahgian besar keluarga di sana.... majlis didahului dengan jamuan makan tengahari....

tengok gambor... sila klik:

http://picasaweb.google.com/perjalanan07/MohKeTanjungBelanje02?authkey=Gv1sRgCNfxivLnuKK9QA#

Wednesday, May 13, 2009

dah nampak terang dan nyata....

lanjutan dari episod bisik-membisik...
satu kunjungan santai ke rumah yg bakal dirisik di tambun telah diadakan....
....sambil menjamu mee goreng serta beberapa hidangan yang lain....
perbualan tentang persediaan untuk datang meminang pada ahad ini (17 mei 2009)...
insyaAllah...

Sunday, May 3, 2009

bisik-bisik merisik...


suatu pagi di perkarangan rumah...


"apak, moh le kite ke tanjung belanje..."

"ape ke he nye...? ndak cari deroyan ke?"

" idak le... nak ngajak pegi merisik..."


... skrip selanjutnye tak dapat disiarkan kerana terdapat gangguan teknikal ketika babak ini dirakamkan.

Wednesday, October 1, 2008

SYAWAL 1429


Hari ini hari raya, sebulan lamanya berpuasa, semoga segala amalan diterima dan mendapat Rahmat dari Ilahi.
Gambar sekitar hari raya:

Monday, September 29, 2008

Sunday, August 3, 2008

walimatul urus 2008 part 2




.... seterusnya diadakan majlis menyambut pengatin di plot 1556.

untuk menatap album foto sila ke:

Saturday, August 2, 2008

walimatul urus 2008 part 1

Pada hari ini sebuah penantian telah bertukar menjadi satu permulaan.... sebagaimana yang telah dirancang, Alhamdulillah, tepat pada jam 10.39am waktu Malaysia berlangsunglah acara aqad nikah Azman dan Farah. Majlis yang dihadiri oleh sanak saudara dari Ipoh dan KL itu diadakan di masjid bukit Indah, Ampang.

Monday, June 23, 2008

PENGUMUMAN PENTING



Tahniah diucapkan kerana mendapat tawaran belajar di sebuah Universiti di United Kingdom...

Saturday, May 3, 2008

Meeting Ringkas

Satu perjumpaan khusus membincang persiapan perkahwinan Azman-Fara diadakan. Antara topik perbincangan adalah berkenaan dengan katering, khemah, kecerian rumah dan beberapa perkara yag berkaitan. Pertemuan ringkas ini disertai oleh apak, ummi, kroy, azhari, ani, azman, latif, sunarti, arif, dan anak-anak buah.

Sunday, April 20, 2008

PERTUNANGAN AZMAN & FARA


... maka, berlangsunglah episod keduanye... majlis pertunangan Azman dan Fara... turut mengiringi majlis tersebut adalah apak, ummi, tan dan arif dari ipoh, yop dan kak mona dari Seremban, serta kak roy, yop biro dan kak yong dari kl... tidak ketinggalan keluarga dari sebelah pihak. semoga majlis tersebut mendapat barkah dan dipermudahkan segala urusan ... hasil dari pertemuan dan perbincangan maka tarikh melangsungkan perkahwinan telah ditetapkan pada 2hb Ogos 2008 bagi sebelah pihak perempuan dan 3hb Ogos 2008 bagi pihak sebelah lelaki. InsyaAllah...


bagi yg tidak hadir dihari majlis tersebut bolehlah meleihat album gambar di sini:


Thursday, March 20, 2008

Khabar Dari KL

Tadi apak datang bawa berita, dari KL.
"Man nak balik Ipoh hujung bulan mac ni, nak ambik apak dan ummi bawak ke kl, nak merisik katanya..."

.... kita tunggu episod yang seterusnya....

Saturday, September 29, 2007

Amal Ramadhan

Alhamdulillah, program moreh untuk seramai lebih 100 pelajar dan guru Maahad Imam As-Syafie, KDAS II, telah dilangsungkan dengan baik. Surah Yaasin serta doa tahlil dibaca sebelum berbuka. Antara menu yang disediakan adalah: Nasi, kari ayam, ikan potong (tak tau ikan apa) ikan kembung, ulam raja dan sambal, kuih, tembikai serta air sirap bandung. Semoga Allah memberkati dan membalas kebaikkan yang telah dilakukan.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
“Artinya : Barangsiapa yang memberi buka orang yang puasa akan mendapatkan pahala seperti pahalanya orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun”

-maaf, tak ada gambar... kamera tak bawak

Wednesday, September 19, 2007

blog plot1556

alhamdulillah... plot1556 kembali...

Wednesday, August 29, 2007

Prostate Operation

Hari ini apak menjalani pembedahan prostate di Hospital Besar Ipoh. Kira-kira mengambil masa 2 jam. Sebelah petang apak baru sedar dan kembali stabil. Dijangka boleh pulang rumah esok petang.