Thursday, December 17, 2009

bandar tasek bukit merah


apak dapat 2 baucer menginap di laketown resort selama 2 hari 1 malam. hadiah dari haji nordin seorang kontraktor. antara agenda utamanya adalah aktiviti memancing, tapi tak jadi disebabkan oleh faktor cuaca dan masa yang agak terbatas. pagi petang hujan... kami cuma bersantai-santai aje...

-foto oleh: az, arif, syaza:

Sunday, December 6, 2009

kenduri doa selamat

pada petang tadi diadakan majlis kecil kenduri doa selamat anak rohani mohd ehsan dan juga mohd irfan dan mohd izhar yg bakal menjalani khatan tak lama lagi. turut hadir jiran dan rakan apak serta nyah ada dan suami.

Tuesday, December 1, 2009

putus

disangka panas hingga kepetang... rupanya hujan ditengahari... begitulah adanya... atas alasan tidak ada keserasian, maka pada malam tadi dengan rasminya putuslah pertunangan diantara latif dengan ana... mungkin tidak ada jodoh...

Friday, November 27, 2009

peninggalan



sempat kita orang melawat rumah peninggalan arwah atok hj mahmud di pasir panjang, sitiawan... masih terdapat lagi perabut-perabut lama yang ada di dalam rumah tu... kenangan sungguh...

gambar-gambar ada di sini:

Thursday, October 22, 2009

Pergi tak kembali

Lebih kurang pukul 2 pagi , Pak Yang atau lebih dikenali Ustaz Abdullah bin hj lebai mahmud menyahut panggilan Illahi ketika berada di kampung mambau negeri sembilan. Jenazah Allayarham sempat dibawa pulang ke ipoh dan disemadikan di perkuburan gurab. Amat terasa akan pemergian Allahyarham. Semoga rohnya berada bersama-sama orang-orang yg soleh. Aamin...

Friday, October 9, 2009

berjalan beraya


lebihkurang pukul 6 ptg kitaorang bertolak dari ipoh ke ampang. bermalam di apartment sama. seterusnya lawatan ke putrajaya dan seterusnya ziarah hasnah di kajang lalu terus ke senawang. bermalam di rumah yop. keesokkannya pulang semula ke kl menziarahkak roy.... itulah serba sedikit catatan perjalanan raya kitaorang....

nak tengok gambar kat sini:

Sunday, September 20, 2009

Syawal 1430


Allahuakhbar... Allahuakhbar... Allahuakhbar... Laailaahaillallah huallahuakhbar.. Allahuakhbar walillahilhamd... Selamat Hari Raya IdulFitri... semoga Allah terima segala amal-amal soleh kita dibulan Ramadhan yg lalu....

maaf, tahun ni photogrpher tak beraya di Ipoh... (balik banting) jadi, tak da sapa yg ambil gambar...

Untuk makluman... pada hari raya pertama cuma ada apak, ummi, hasnah anak beranak, basyir dan umi salamah, disusuli kak roy. manakala rohani masih dlm pantang beraya di rumah. Hari raya kedua yop dan kak mona balik. Ri sekeluarga pulak balik pada hari ketiga dan samaratul serta keluarga pula balik pada hari raya keempat. Alhamdulillah, walaupun balik kampung pada waktu yg tidak sama namun kesemuanya sempat bertemu mata dan bersalaman bermaafan. cuma si azman sahaja yg tidak dapat bersama kerana beraya di rantau orang. bagi sesiapa yg berkesempatan silalah ke blog beliau sebagai pengganti diri: http://kelanaperantau.blogspot.com/

Wednesday, September 2, 2009

8 tahun menunggu... baru saya dapat adik



Alhamdulillah... sempena tarikh merdeka... 31 Ogos 2009, bertambah lagi seorang ahli plot1556... Rohani selamat melahirkan bayi lelaki di hospital Besar Ipoh.... nama masih dalam pencarian...






dah... dah ada nama... mohammad ehsan...

Monday, June 15, 2009

Wak kembali ke rahmatullah

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..
awal pagi tadi... wak (hj Zawawi bin hj Mahmud) kembali ke rahmatullah dalam usia 70an di rumahnya kerana sakit tua. beliau adalah anak Hj Mahmud yang ke dua yakni abang kepada arwah emak (sorihah). sama-sama kita sedeqahkan al-fatihah dan mendoakan kesejahteraan roh beliau, semoga ia diletakan bersama dgn orang2 yg soleh... aamin



Monday, May 18, 2009

ate... moh kite ke tanjong belanje...



... doa selamat pun sudah... makan pulut pun udah... ha, moh kite ke tanjung belanje ramai-ramai,

alhamdulillah, pagi ni pukul 11.15 pagi bertolaklah sebuah rombongan ke tanjung belanje bagi memenuhi hajat besar si ahmad latif....

... sesampai di destinasi kami disambut oleh sebahgian besar keluarga di sana.... majlis didahului dengan jamuan makan tengahari....

tengok gambor... sila klik:

http://picasaweb.google.com/perjalanan07/MohKeTanjungBelanje02?authkey=Gv1sRgCNfxivLnuKK9QA#

Wednesday, May 13, 2009

dah nampak terang dan nyata....

lanjutan dari episod bisik-membisik...
satu kunjungan santai ke rumah yg bakal dirisik di tambun telah diadakan....
....sambil menjamu mee goreng serta beberapa hidangan yang lain....
perbualan tentang persediaan untuk datang meminang pada ahad ini (17 mei 2009)...
insyaAllah...

Sunday, May 3, 2009

bisik-bisik merisik...


suatu pagi di perkarangan rumah...


"apak, moh le kite ke tanjung belanje..."

"ape ke he nye...? ndak cari deroyan ke?"

" idak le... nak ngajak pegi merisik..."


... skrip selanjutnye tak dapat disiarkan kerana terdapat gangguan teknikal ketika babak ini dirakamkan.